Searching for jannah

Pengimpi Jannah ♥

It's beautiful to see people coming back to the deen. Allah could have left us misguided. But He guided us. Doesn't that make you feel special ?


Entries About


Ana Uhibbuki Fillah ♥





Come on girls, Wake Up !


ASSALAMUALAIKUM :)

Owner blogger ni dah habis dah periksa dia jadi dia berkesempatan untuk update blog dia ni hah. Tapi cuma nak diluahkan sikit soalan dia pehhhhh bakhanggg. lagi lagi soalan p.am mati katak aku kat situ haha. K sebenarnya aku tulis ni bukan untuk aku nak membebel pasal exam maaf ler korang terpaksa bace ape yang aku cakap ni kihkihkih. Sekarang ni yang ade dalam blog aku ni kebanyakkan entry baru je ni hah. entry zaman abad tah keberapa tu dah dibuangnya semua. cuma ade lah sikit je ditinggalkan. Azam baru, dunia baru.

k lets our story begin,
Perempuan ni sebenarnya tadelah lemah mana. tak lemah pun. Jangan sangka perempuan ni lemah. Tidak. Kekuatan perempuan ni dari dalam yang kite sendiri tak nampak. Cuma tanam niat dalam hati tu dengan betul. Pasti kite akan jumpa kekuatan tu nanti. So girls lets move on. jangan layankan sgad perasaan tu. jangan. setiap masalah ade jalan penyelesaian dia. so relax je. Cuba kita fikir, buat apa kita nak nangis untuk orang yang belum pasti lagi yang dia untuk kita. orang yang belum jadi yang halal buat kita. jadi relax je dulu :)

And one more thing pada lelaki, jangan sangka bile seseorang perempuan tu dia dah move on perangai dia akan sama macam dulu. Mungkin perangai dia jauh lebih kuat dari sebelumnya dan jangan pernah cuba patahkan semangat seorang perempuan itu dengan hanya membuat andaian sendiri. cukup lah dengan mempercayainya yang dia dah berubah dan mungkin tak akan sama macam dulu. Bile seseorang perempuan itu dah move on jangan lah pihak lelaki ni muncul balik dan hanya untuk menyatakan hasrat ingin berbaik dan menginginkan hubungan seperti dulu. Jangan. Berbaik seperti seorang kawan okay lagi daripada nak jadikan hubungan yang baik macam dulu it's not easy.

Kadang-kadang dalam kehidupan kita ni ada yang perlu kita ingat dan menjadikan dia satu kenangan dan juga pengajaran buat kita, dan juga ada yang perlu kita korbankan untuk masa depan kita akan datang yang penuh dengan dugaan-dugaan yang mendatang. kadang-kadang kita masih tak nampak lagi apa yang akan jadi pada masa akan datang bahkan bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun kita tak dapat tahu ape yang bakal kita lalui.

Perempuan yang hanya sering dipandang rendah ini juga harus tunjukkan kekuatan kita yang orang lain tak nampak. kadang-kadang lelaki yang sering memarahi, terlalu ikut kepala angin dia yang kekadang okay kekadang tak yang aku sendiri kekadang tak paham haha. lantak pi je laa. Yang harus dilakukan ni perempuan kena relax je. cool je. biar lah depa nak cakap apakah lantak pi sana, yang penting kita jaga diri, kita tahu apa yang kita lakukan betul, tahu hala tuju kita :)

Tapi kene ingat juga normal lah kan bagi manusia yang selalu salah anggap dengan niat seseorang tu. kadang-kadang juga dengan percakapan seseorang yang hanya untuk menyakitkan hati kita. kita cuma ambil mudah je. relax je. Walau apa pun peduli je apa orang nak cakap. mungkin cerita kita lagi menarik dari kisah hidup dia. :)


Sincerely ,
Alyne.