Searching for jannah

Pengimpi Jannah ♥

It's beautiful to see people coming back to the deen. Allah could have left us misguided. But He guided us. Doesn't that make you feel special ?


Entries About


Ana Uhibbuki Fillah ♥





Erti Persahabatan.


Friends are the most important part of your life. treasure the tears, laughter, but most importantly...MEMORIES :)

ASSALAMUALAIKUM :)

Persahabatan merupakan rakan-rakan yang melengkapi hari-hari kite dengan suka duka, ketawa tangisan, pergaduhan pertelingkahan. salah faham semua ada lah senang cerita. Meningkat umur kita makin banyak yang kite akan ketahui mengenai persahabatan.

Kawan yang ade disisi kite buatkan kite dikelilingi dengan ketawa riang bile bersama mereka. tapi ade ketika nangis juga lah. tak semua hari hari yang mendatang akan dilengkapi dengan ketawe riang kan ? tak gitu. dari sekolah tadika, sampai lah ke peringkat yang lebih tinggi mesti kawan yang perlu hadir dalam hidup kita. Dulu masa sekolah tadika, sekolah rendah macam tu lah ada istilah yang selalu digunakan '' kawan olok olok " haha bile ingat balik macam betul betul budak budak, tapi persahabatan lagi indah bile kite dah berkenalan atau berkawan lebih lama, tapi masih berhubung antara satu sama lain. sweet kan macam tuu. walaupun jauh contact each other.

Dah nama pun persahabatan. ape ape masalah kene kongsi bersama. time tu kalau ade cerita jee dok kumpul ramai ramai masing-masing dengar. hikhikhik. Persahabatan, semua kene faham, sikap masing-masing. faham antara satu sama lain. kadang-kadang tak payah cakap masing-masing dah tahu dia kenapa. ape terjadi. Apabila kita menangis diorang akan hadir dekat dengan kita. menemani kite bile kite bersedih. dan bukannya hanya mementingkan diri sendiri bukan sama sekali. dalam persahabatan, perlu care antara satu sama lain. rasai kesedihan yang dihadapi...memahami antara satu sama lain. kan okay nanti persahabatan itu.

Dalam dah berkawan ini, mmg tak lari dari pergaduhan. pertelingkahan, bertikam lidah. tapi sedar tak dari tu semua yang berlaku, kite dapat perbaiki kesilapan kite dan kuatkan lagi hubungan persahabatan yang kian lama terjalin. peduli orang nak cakap kite ni '' gaduh baik gaduh baik '' sebab sayangkan persahabatan ini mereka akan jaga sedaya upaya untuk tidak terputus. sikap pemaaf pun perlu ada dalam diri supaya persahabatan semakin kuat.

Kegembiraan bersama, buat kerja gile sama-sama, perangai gila sama-sama, bercerita dikongsi bersama-sama ape ape semua same same. sampai satu tahap berangan-angan untuk duduk rumah sama-sama. kerja sama tempat. tinggi kan angan-angan hahaha. Kadang-kadang dalam gelagat masing-masing juga akan dilihat oleh orang sekeliling yang sememangnya ingin jatuhkan kite atau mungkin berkata kata mengenai kelemahan kite, itu biasalah. kehidupan mmg akan dikelilingi oleh pelbagai sikap manusia. mungkin bile kite ketawa besar orang salah tafsir dan mengatakan kite ni Attention seekers. bile kite buat kerja gila kata kite ni Over. lupakan tu semua. Yang penting, yang mengenali siapa diri kite cuma orang-orang yang lebih dekat dengan kita. Peduli orang nak cakap ape, yang penting mereka tidak kenal luar dan dalam kite...




SEKIAN.

Friendship,
Alyne