
|
Pengimpi Jannah ♥ ![]() Ana Uhibbuki Fillah ♥ ![]() ![]()
| Ada masa kite ketemu lagi !
ASSALAMUALAIKUM :) Dalam suasana pagi yang disertakan hujan yang lebat menjadikan manusia-manusia yang mempunyai rasa ingin tidur disisi bantal yang empuk seperti apa yang aku rasakan sekarang ini haha. Disebabkan handfone kesayangan aku mengalami kesihatan yang kurang baik, maka dia telah dimasukkan kedalam wad kesihatan dan segala isi kandung dalam badan dia turut dihapuskan. okay saya simpati sangat ! Apabila mengadu dengan adik adik baru ditempat kerja, semua mengatakan " Alah akak, habis lah gambar kite semua. kene amek lagi ah mcm ni kak ! " " takpe lahh past is past, sekarang kite bukak buku baru. jadi kite amek lah gambar baru nanti. " hahah itu je lah yang aku mampu bagi jawapan dekat mereka. Hah satu lagi perkara, dengan pembaharuan blog aku ni dengan berlatar belakangkan cahaya bergemerlipan dan disertakan dengan lagu yang agak comel. rase wahhhhh ! menarik ! okay aku rase dah melencong sangat cerita aku ni. okay okay back to story... Memandangkan aku dah tamatkan pengajian form 6 hmm dalam seminggu juga lah aku rase dan sekarang sedang mencari pengalaman bekerja sebanyak mana yang mampu. Form 6 ? best ke ? tengok lah gambar kami semua dekat atas tu ceria bukan ? jadi apa pandangan korang ? hikhikhik. Bila aku daftar masuk dalam aliran sains kemanusiaan dan dimasukkan kedalam kelas 6 atas 4. ye itu lah nama kelas kami semua. Masa semester 1 mungkin masing-masing agak malu. err mungkin lah. Pn Maznah selaku guru kelas kami yang mengajar dalam mata pelajaran sejarah Dunia. Hah ! sebelum tu, kelas 6 A 4 yang sentiasa menyimpan rahsia, yang sentiasa berkomplot dalam apa apa hal, yang sentiasa bekerjasama dalam hal hal jeng jeng jeng hahahah dapat dilihat makin meningkat semester. Kelas 6 A 4 yang agak pasif. kebanyakan guru yang cakap bergitu lah. hm tapi aku rase pasif bila guru ada dalam kelas. ye. mungkin begitu. Nak menunjukan bukti tu. penolong 6 A 4, Hanan yang selalu bergaduh dengan Haravind pada mulanya. pening kami semua melihat telatah mereka. yang ada sahaja yang hendak digaduhkan dan ada sahaja idea untuk mengenakan masing masing. Hari berganti hari Afifah pula yang mengantikan Hanan. Afifah yang bergaduh mulut dengan Haravind yang seperti suami isteri bertengkar. Afifah yang pada mulanya yang agak berjiwa lembut dan sensitif tapi sekarang berjiwa kental. kata orang Sado !hahah Haravind juga turut ada je yang tak kene atau menyebelkan kami yang lain, Aku. Dayah. Atikah. Syaza. hahaha. tapi Haravind baik ! cuma nakal siket hahahah, Ifdal sebagai ketua kelas yang bersahsiah baik menjadikan kelas 6 A 4 berdisiplin. err. mungkin. hahaha. Ifdal dan Amin yang nampak pendiam tetapi mereka sebenarnya pakar dalam sejarah. wahhhh. dari sejarah Dunia. sampai lah sejarah Asia tenggara. Hah begitu juga Jia khong dan Wen Li yang juga diketegorikan pendiam juga lah, tapi mereka tip top juga dalam kelas ! Fateha yang dikenenkan dengan Firdaus, menjadikan gosip terhangat dikelas kami. Gosip ini terhasil semasa kami di semester 3 dan Encik Wan Adha selaku guru kelas kami juga turut serta dalam gurauan senda ini hahaha dan disertakan suara kelas kami dengan membahan mereka. lagi lagi Izyan yang menceriakan suasana dengan ketawanya dan sedikit usikannya. aku pun sama juga, hahaha senang cerita kami satu kelas. Apabila guru melakukan aktiviti pembentangan, slide Azimah yang paling tip top menceriakan suasana dengan pelbagai warna. Nota subjek Puan Asmah juga dihiasi dengan pelbagai warna. Alia yang petah berkata kata dengan suara lantangnya begitu juga Fatin yang spontan dengan aksi dia menjadikan Cikgu Wan Adha berasa geram ! Ain yang ditugaskan sebagaikan bendahari untuk mengutip duit duit yang disuruh oleh guru. tugas yang berat ! dan orang yang paling kaya hahah. Rudi sasaran utama bagi ain untuk minta duit dekat dia. hahah. sebab rudi kaya ! hahaha Atlet kan mmg mcm tu. Ramyah yang digelar sebagai Avatar disebabkan mukanya yang hampir sama. hikhikhik. Indira yang pendiam juga tapi gemar pakai inai tu lah dia hahaha. Itu lah kelas kami. pasif tu tade lah sangat. kecoh kecoh je banyak hahah. Banyak lagi sebenarnya kisah kami. tapi tujelah masa yang aku ada untuk bercerita. Hah! lupa nak cakap kami masing-masing tinggal tunggu result saje ni :) Ada masa kite ketemu lagi ! Sincerely, Alyne. |