
|
Pengimpi Jannah ♥ ![]() Ana Uhibbuki Fillah ♥ ![]() ![]()
| Lumrah Kehidupan.
ASSALAMUALAIKUM. Kehidupan tidak semudah yang kita sangka sebenarnya. yang penuh dengan cerita dongeng, yang penuh dengan keindahan semuanya. Kehidupan yang banyak duri dan ranjau yang bakal kita tempuh esok hari. Kehidupan bukan hanya sementara tapi ianya sampai bila bila yang akan berpusing tanpa henti. Semakin meningkat umur kita, selagi banyak liku kehidupan yang akan kita hadapi. '' dugaan time korang dekat Form 6 ni. dengan pbsnya lagi exam lagi, ni semua baru ajar korang kehidupan dalam pelajaran. nanti bila korang dah hbis form 6, dah kahwin, umur pun semakin meningkat nanti baru awak tahu kehidupan yang sebenar dekat luar sana. " kata kata seorang guru kelas form 6 semester 3. Kadang-kadang terfikir juga ape yang berlaku selepas ini. kuat ke kita untuk tempuh kehidupan yang akan kita hadapi...... sepertimana kehidupan yang penuh dengan fairytale... ******** Dengan hanya satu perkenalan yang singkat, dan menggunakan nama bu dan jah. menjadikan conversation itu semakin rancak dibicarakan. jah yang tidak kurang hebat jugak dalam menyakat si bu ni menjadikan bu hilang kawalan. hahaha. bu yang mempunyai perwatakan yang agak kelakar, periang dan ada satu tahap masuk air yang terlebih dos, kuasa tidur yang dimilikinya luar biasa, dan juga bnyak lagi kuasa kuasa yang dimilikinya. bu yang menjadikan jah semakin hari semakin jatuh cinta dengan setiap bait bait ayat yang diberikan oleh bu kepada jah. siapa jah untuk melawan perasaan itu masuk ke dalam hatinya walaupun kisahnya yang lepas tidak seindah yang disangka, hanya permainan lelaki yang dikelilinginya. bila jah sudah selesa dengan bu, jah yakin dengan setiap yang diperkatakan oleh bu. sampai satu hari jah rase pilu dengan hatinya, takut takut bu same seperti lelaki lain yang ligat dalam permainan yang ingin dicipta. ini disebabkan jah sudah menyayangi bu. apabila jah sudah meluahkan ape yang jah ingin katakan, kata kata yang keluar dari bu seperti betul betul dapat menyakinkan hati jah. tenang.... yang pasti Jah betul meyayanginya. Jah seperti orang lain yang mengharapkan kebahagian yang harus dimilikinya bukannya kesedihan yang patut diterima dan jah mengharapkan bu untuk mengingati semua yang telah diperkatakan... ******** Perit, suka, duka itu semua lumrah bagi setiap yang bergelar manusia. sama ada Perempuan mahupun Lelaki mane ada yang suka bila dia dah move on, dah terus kehadapan tetapi datang pula kisah yang lepas. bila hati sudah keras sudah kuat, biarkan mereka terus kuat dan kuat, jangan kembalikan semula hati ini menjadi lembik dan terus lembik. Barang yang lepas usah dikenang, barang yang dihadapan kita sekarang harus dihargai dan dijaga dengan rapi. |