Searching for jannah

Pengimpi Jannah ♥

It's beautiful to see people coming back to the deen. Allah could have left us misguided. But He guided us. Doesn't that make you feel special ?


Entries About


Ana Uhibbuki Fillah ♥





MANUSIA.


ASSALAMUALAIKUM :)

Tatkala cuaca baik-baik sahaja, terasa macam nak update blog ni hah yang rasa macam dah lama tak di update. lagi pun entry ni dah lama dah disimpan. Bukan apa nama pun manusia ade time time dalam diri ni rasa malas gila. urgh... maklumlah busy, nak update pun tade masa. em em dengan laptop buat hal. err k cuma nak mengadu je.

Okay, kali ni aku cuma nak cakap mengenai manusia. hm entah lah dah umur makin menjangkau abad 20-an ni rase macam aku tahu manusia tu macam mane. manusia yang punya hati dan perasaan, ego dan kemarahan dan seangkatannya.

Adakalanya kite akan berfikir tanpa kite sedari. berfikir dimana otak bermain dengan sendiri tanpa kite menduga. kadang-kadang ada baiknya dan ade buruknya juga. haiahhh manusia. lepas berfikir, mula lah buat andaian sendiri...nak buat macam mane dah kata manusia yang punya akal dan fikiran...

sampai satu tahap, yang diperkatakan dari mulut lain tidak same seperti hati kite bicarakan :)

bertindak melulu, tanpa usul periksa menyangka yang apa yang dilakukan semua betul betul sahaja tanpa ada cacat dan celanya. beranggapan yang lain salah di depan matanya. itulah manusia, tidak menyedari dirinya terlebih dahulu. tidak mengapa, kita masih bole berubah untuk mencari siapa diri kita sebenar.

Manusia yang punya hati dan perasaan. Manusia yang juga hanya suka pendam dalam apa yang dialami. Manusia yang penuh dengan sifat sensitif. semua manusia. hati manusia kita tak dapat lihat dari perbagai sudut. adakalanya luaran yang penuh dengan kegembiraan dan dalaman penuh dengan kesedihan yang susah untuk diungkapkan.

kepercayaan dan jangan salah sangka setiap tindakan. Jaga hati manusia susah, jaga hati kepunyaan sendiri pun susah...

Manusia yang dulunya penuh dengan kesedihan, penuh dengan kesilapan, menjadikan pengajaran baginya. manusia yang berlatarkan bermacam macam kisah, bila kebahagian datang kepadanya, jangan menganggap sinis. mungkin itu kesudahannya...

dah mmg manusia yang pasti ade sahaja yang tidak kene..





SINCERELY,
Alyne